Sunday, May 10, 2009

Seteguh Tembok Besar China - Siri 1 : Pasukan Terbaik

Assalamu'alaikum w.b.t...

Apa khabar semua..,sihat..? InsyaAllah,moga2 saudara2 semua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera imannya..

1st of all..
Seinfiniti kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana setelah lebih kurang dua minggu berdiam diri akhirnya, si penulis diberi kekuatan oleh-Nya untuk meneruskan penulisan..Alhamdulillah..

Untuk coretan kali ini, InsyaAllah, saya ingin membawakan satu perkongsian idea tentang suatu tajuk atau perkara yang mana saya anggap ianya adalah antara elemen yang penting dalam kehidupan seharian kita..ianya tidak asing bagi saudara2 sekalian dan saya pasti bahawa setiap individu terlibat dengan perkara yang akan saya kongsikan ini..Apakah perkara tersebut..?? Teruskan membaca..


Analogi 1 : PASUKAN BOLASEPAK DUNIA






Adakah anda semua familiar dengan 8 logo di atas..??

Kepada peminat2 bolasepak universal, saya yakin bahawa anda semua cukup kenal dengan logo2 ini..Untuk pengetahuan,semua logo di atas adalah logo2 pasukan bolasepak dari pelbagai negara..Pemilihan pasukan2 di atas adalah berdasarkan beberapa kriteria2 yang mana saya anggap ianya menarik untuk kita kongsi bersama..
JOM ANALISIS..!!

*****


Pasukan 1 - ARSENAL



Profile pasukan :
Antara pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang bertaraf 5 bintang di peringkat dunia. Seringkali menjadi pesaing hebat kepada pasukan2 lain dalam merebut beberapa siri kejohanan berprestij. Kedudukannya di dalam liga-Top 4.

Analisis pasukan :
-Mempunyai corak permainan menarik. Good teamwork
-Semasa musim perpindahan pemain, lazimnya pasukan ini hanya membeli seorang dua pemain yang berstatus bintang
-Pemain berstatus bintang ini akan menjadi tulang belakang kepada pasukan. Tanpa tonggak2 utama ini dalam sesuatu perlawanan,pasukan akan beraksi sedikit tempang
-Sering dihantui dengan masalah kecederaan pemain
-Lebih suka menggilap bakat pemain muda sehingga mereka menjadi pemain berstatus bintang dan kemudian di-offer untuk dijual dengan yuran perpindahan yang tinggi kepada pasukan2 yang kaya ketika pintu perpindahan pemain dibuka
-Hasilnya,mempunyai ramai pemain2 muda yang berbakat tetapi tewas dari segi mental apabila bertemu dengan pasukan2 yang lebih berpengalaman



Pasukan 2 - PSV EINDHOVEN



Profile pasukan :
Sebuah kelab bolasepak dari Liga Belanda. Pencabar utama kepada skuad2 elit lain samada dalam kejohanan liga domestik mahupun di pentas eropah. Kedudukan dalam liga domestik- top 4.

Analisis pasukan :
-Boleh dianggap sebagai pasukan yang banyak berjasa kepada perkembangan bolasepak dunia
-Mencungkil bakat ramai pemain2 muda eropah dan kemudiannya melahirkan mereka sebagai pemain yang berstatus bintang
-Namun, majoriti daripada pemain yang telah digilap bakatnya berpindah ke kelab2 yang tersohor untuk menempah nama di persada antarabangsa
-Natijahnya, kelab ini hanya mampu menjadi pesaing kelas ke-2 di pentas antarabangsa



Pasukan 3 - REAL MADRID



Profile pasukan :
Kelab bolasepak gergasi Liga Sepanyol. Merupakan penyandang juara bagi piala2 berprestij dalam liga domestik. Seteru utama kepada pasukan yang inginkan kejuaraan dalam kejohanan besar.

Analisis pasukan :
-Pasukan yang terkenal sebagai lubuk pemain2 bertaraf 5 bintang
-Mempunyai deria yang paling sensitif ketika pintu perpindahan pemain dibuka
-Lazimnya, pasukan ini akan menawarkan yuran perpindahan yang tinggi untuk mendapatkan seseorang pemain yang dikehendakinya bagi menambahan kekuatan pasukan
-Walaupun beraksi dengan barisan pemain2 yang bertaraf 5 bintang, namun kadangkala pasukan ini sukar untuk mencapai kemenangan
-Banyak bergantung kepada kekuatan individu untuk menang



Pasukan 4 - INTER MILAN



Profile pasukan :
Juara bertahan Liga Serie A Itali. Mempunyai rekod perlawanan yang cukup baik di laman sendiri. Digeruni oleh pasukan lawan setiap kali pertembungan dalam kejohanan kompetetif.

Analisis pasukan :
-Sama seperti Real Madrid, pasukan ini menghimpunkan ramai pemain berstatus bintang
-Kekuatan pemain adalah seimbang
-Pengaplikasian teknik yang sangat optimum oleh pemain2 yang bertaraf bintang ini dan diimplimentasikan dengan kekuatan berpasukan



Pasukan 5 - LIVERPOOL



Profile pasukan :
Lebih kurang sama seperti skuad Arsenal. Pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang bertaraf
5 bintang di peringkat dunia. Pesaing hebat kepada kelab2 gergasi lain dalam merebut beberapa siri kejohanan berprestij di eropah dan liga domestik. Kedudukannya di dalam liga-Top 3.

Analisis pasukan :
-Kekuatan pemain yang seimbang + smart teamwork + semangat juang tinggi
-Mempunyai beberapa orang pemain yang amat setia dengan pasukan ; tidak berpindah ke kelab lain walaupun mendapat tawaran gaji yang lumayan
-Mempunyai seorang master-mind (ketua pasukan) yang mempunyai pengaruh yang besar dalam pasukan dan amat dihormati ; mampu mengawal emosi rakan2 dalam sesuatu perlawanan
-Beliau sentiasa bekerja keras sepanjang 90 minit perlawanan
-Ketiadaan pemain tersebut dalam sesuatu perlawanan akan membawa impak yang amat besar kepada pasukan



Pasukan 6 - GAMBA OSAKA



Profile pasukan :
Sebuah pasukan dari Liga Bolasepak Jepun. Seringkali mendominasi beberapa siri kejohanan bolasepak berprestij di Jepun. Pencapaian pada penghujung tahun 2008, layak sehingga ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bolasepak Antara Kelab-Kelab Dunia ( ditewaskan oleh kelab gergasi bolasepak dunia, Manchester United 5-3 di peringkat separuh akhir) telah membuka mata banyak pihak terhadap Liga Jepun.

Analisis pasukan :
- Menjalani persediaan dan latihan yang efektif
- Rata2 mereka tidak mempunyai susuk tubuh yang tegap ; genetik orang Jepun
- Para pemain mempunyai semangat juang dan ketahanan mental yang tinggi
- Disiplin pemain yang baik di atas dan di luar padang



Pasukan 7 - MALAYSIA



Profile pasukan :
Pasukan induk bolasepak Malaysia. Skuad ini mempunyai beberapa orang pemain berpengalaman yang masih lagi lincah beraksi namun rata2 mereka dibarisi pemain2 muda bawah 23 tahun. Ranking tertinggi dunia FIFA yang pernah dicapai, ke-75 (Ogos 1993). Sekarang, ke-163 (April 2009)

Analisis pasukan :
-Para pemain kurang menghayati semangat juang untuk negara
-Pertukaran jurulatih yang kerap ; setiap kali misi skuad negara gagal disempurnakan
-Seringkali berlaku perselisihan faham antara pemain dan pihak pengurusan ; jurulatih
-Kurang kreatif dalam mencatur strategi perlawanan ; pemain ketandusan idea (strategi) ketika beraksi di atas padang
-Kadangkala para pemain menghadapi masalah komunikasi di atas padang
-Ketahanan mental yang agak rendah ; mudah tertekan ketika berhadapan situasi getir dalam sesuatu perlawanan
-Masalah disiplin pemain2 samada ketika di atas padang mahupun di luar padang




Pasukan 8 - THAILAND



Profile pasukan :
Skuad bolasepak kebangsaan negara Thailand. Ranking ke-113 FIFA (April 2009)

Analisis pasukan :
-Projek pembangunan bolasepak yang efektif oleh pihak pengurusan
-Tahap permainan pasukan meningkat + kerjasama yang baik di atas padang
-Tunjang kekuatan pasukan ini adalah semangat juang yang tinggi di kalangan pemain ; pantang menyerah sebelum tiupan wisel penamat
-Ketahanan mental agak lemah ; mudah tertekan ketika berhadapan situasi getir dalam sesuatu perlawanan


*****

Itulah sedikit sebanyak analisis tentang kesemua 8 pasukan bolasepak berkenaan..Anda semua bolehlah menilai sendiri pasukan mana yang mempunyai ciri2 yang terbaik untuk terus kekal sebagai pasukan bolasepak yang disegani samada di peringkat negara masing2 mahupun antarabangsa..

Namun, apakah sebenarnya mesej yang tersirat disebalik analisis tersebut..??Cuba fikirkan...


bersambung...





No comments:

Post a Comment