Saturday, January 29, 2011

MY HEART




Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain..
Apabila kita mengisi hati kita dengan zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang..

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup..jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan..
Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."


Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya..dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya..

*                                 *                                 *



Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati yg mati ialah:
1..Mengaku mengenal Allah s.w.t, tetapi tidak menunaikan hak-hakNya
2..Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w, tetapi mengabaikan sunnah baginda
3..Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
4..Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberianNya
5..Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
6..Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
7..Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
8..Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
9..Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
10..Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya


*                     *                   *






Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah..

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya..kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati..

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya..

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri..Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati..gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir)..
Firman Allah:
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ  

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. 
(Al-Rad, Ayat 28) 

*             *           *




Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."



*          *        *







Sunday, January 23, 2011

JOM AMALKAN ZIKRULLAH..!!!

  

          Otak adalah nikmat anugerah kurniaan Allah S.W.T yang menjalankan aktiviti-aktiviti bio-elektrik, melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


       
          *                   *                     *

Kesan zikir terhadap fisiologi saraf (neuron)...

Apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.


Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.


Hasil kajian dan analisis...

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.



Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.


                         *                *                *


Oleh itu,wahai saudara se-aqidahku sekalian...ketika para saintis Barat baru menemui hikmah kejadian ini, kita selaku umat yg terpilih sepatutnya telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya...namun sejauh manakah diri kita memanfaatkn kelebihan yg terhidang ini...?Sama2 kita renungkan....



Selamat mengamalkn zikir dalam kehidupan sharian...=)





Saturday, January 15, 2011

LA ILAHA ILLALLAH...

Ya Allah
Engkaulah Raja langit dan bumi
Engkaulah Rabbul 'Alamin Penguasa alam raya
Engkaulah yang menciptakan bumi yang kami pijak
Engkaulah yang menciptakan matahari yang menyinari

Ya Allah
Engkau ciptakan kami dari setitis air yang hina
Engkau hidupkan kami dari segumpal darah
dan menjadi segumpal daging
Engkau berikan kami kedua belah mata
Engkau berikan kami kedua belah telinga
Engkau tumbuhkan dari daging-daging
yang lemah kedua tangan kami
Engkau tumbuhkan dari daging-daging
yang lemah kedua kaki kami
 Engkau tiupkan ruh sehingga sekarang kami hidup
sehingga kami menapak di muka bumi-Mu

Ya Rabb
Engkau pemilik semua kehidupan
Engkau pemilik alam sejagat
Engkau yang menghidupkan dan mematikan
Engkau Yang Maha Kuasa
Tiada satu pun yang dapat menandingiMu Ya Rabb


Ya Rahman
Engkau sungguh Maha Penyayang
Maha Pemurah
Mengurniakan nikmat yang pelbagai 
Buat setiap hambaMu tidak kira
agama, bangsa dan warna kulit
Engkau kasihkan kami
Engkau sayangkan kami
Walau kami derhaka kepadaMu


Ya Ghaffar
Tuhan Yang Maha Pengampun
Ampunkan kesalahan kami 
andai kami terlupa, alpa dan lalai
Selama kami diberi pinjaman hidup yang sementara ini
Janganlah Engkau biarkan kami tanpa pengampunan daripadaMu
Sungguh kami amat lemah tanpaMu
Siapalah kami tanpaMu ya Allah


Ya Malik
Tuhan Yang Menguasai
Engkau lah yang menguasai hati kami,
maka tetapkanlah hati kami dalam agamaMu,
dalam ketaatan kepadaMu,
baik di waktu lapang
mahupun kami susah


Ya Allah 
Terimalah kami sebagai hambaMu
Ampunkan kami ya Allah
Moga di saat kematian kelak,
mudah untuk kami melafazkan kalimah keramat
"LA ILAHA ILLALLAH"
agar kami mati dalam husnul khatimah 
aggr kami mati dalam husnul khatimah
agar kami mati dalam husnul khatimah


Allahumma Ya Muqallibal qulub thabbit qulubana 'ala dinik wa 'ala to'atik...
Allahummakhtim lana bihusnil khatimah
wa la takhtim 'alaina ya Allah bissuil khatimah...
Rabbana atina fidduniya hasanah
wa fil akhirati hasanah 
waqina 'azabannar
waqina 'azabalqabr
waqina 'azabal mahsyar
wasallaLlahu 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallam....

Saturday, August 21, 2010

ya Allah...aku sangat mencintaiMu...



video
Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkau Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya 

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezqiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku

Janganlah hampakan perasaanku

Friday, August 13, 2010

oh Allah..thank u so much....




I was so far from YOU
Yet to me we're always so close
I wanted to last in the dark
I closed my eyes to all the signs
YOU put on my way
I walked everyday
Further and further away from YOU
Allah YOU brought me home
I thank YOU with every breath I take

AlhamduliLlah x2
All praises to Allah x2
AlhamduliLlah x2
All praises to Allah x2

I never thought about
All the things YOU have given to me
I never thanked YOUR warns
I was too proud to see the truth
And prostrate to YOU
Until I took the first steps
And that's why YOU open the doors for me
Now Allah I realize what I was missing
By being far from YOU

AlhamduliLlah
All praises to Allah x2
AlhamduliLlah x2
All praises to Allah x2
Allah

Allah I wana thank YOU
I wana thank YOU for all the things that YOU've done
YOU've done for me through all my years
I've been lost
YOU guided me from all the ways that were wrong
Indeed YOU give me hope
Allah I wana thank YOU
I wana thank YOU
I wana thank YOU for all the things that YOU've done
YOUve done for me through all my years
I've been lost
YOU guided me from all the ways that were wrong
I wana thank YOU for bringing me home

AlhamduliLlah x2
All praises to Allah x2
AlhamduliLlah x2
All praises to Allah x2

AlhamduliLlah x8