Saturday, December 5, 2009

MUNAJAT SUARA HATI (1)




Ya Allah
Kami tahu Engkau melihat kami Ya Allah
Meski mata kami tak mampu melihat Engkau
Kami tahu Engkau mendengar kami
Meski telinga kami tak mampu mendengar Engkau
Namun hati kami merasakan kehadiran-Mu

Ya Allah
Hari ini kami sujud padaMu Ya Allah
Kami rundukkan kepala kami
Kami tundukkan bahu kami
Kami mengakui Engkau pencipta kami
Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim
Kami bersaksi bahawa Al-Quran-Mu benar
Kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad-Mu benar
Kami bersaksi bahawa para nabi dan rasul-Mu benar
 Semuanya mengajarkan Engkau Ya Allah
Semuanya telah mengajarkan tentang nama-nama Engkau
Semuanya telah mengajarkan kemuliaan Engkau
Kami bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Engkau
Dan Muhammad adalah utusan-Mu
Asyhadu-allaa-ilaha illaLlah
Waasyhadu-anna Muhammadar-RasuluLlah


Ya Allah Ya Tuhan kami
Dengan penuh rasa hina dan rendah diri
kami bermohon padaMu Ya Allah
Jadikanlah kami hambaMu yang diredhai
Jangan biarkan kami mencintai dunia Ya Allah
Jangan biarkan kami mencintai diri kami
melebihi cinta kami kepada-Mu

Allahumma Ya Allah
berikanlah kami kekuatan dan keupayaan
berikanlah kami hidayah dan taufiq
untuk kami menempuhi sisa kehidupan yang berliku ini
Pertemukanlah kami Ya Allah
dengan jalan yang lurus
Jalan yang Engkau redhai laluan keatasnya
Jalan yang telah Engkau tetapkan haluannya
agar kami mampu berjalan mengikut kehendak-Mu Ya Allah
Ya Allah Ya Tuhan kami
Palingkanlah kami apabila kami salah
Halangilah kami apabila kami salah
Tutuplah mulut kami apabila kami salah
Luruskanlah hati kami apabila kami salah
Ingatkan kami Ya Allah
Tanpa Engkau
nescaya kami akan tersesat
Tanpa Engkau
nescaya kami akan terjerumus ke dalam neraka
Tuntunlah kami Ya Allah
Ya Rahmaan Ya Rahiim 




Tuesday, June 23, 2009




ADAKAH KAU LUPA

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah


Sunday, May 10, 2009

Seteguh Tembok Besar China - Siri 1 : Pasukan Terbaik

Assalamu'alaikum w.b.t...

Apa khabar semua..,sihat..? InsyaAllah,moga2 saudara2 semua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera imannya..

1st of all..
Seinfiniti kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana setelah lebih kurang dua minggu berdiam diri akhirnya, si penulis diberi kekuatan oleh-Nya untuk meneruskan penulisan..Alhamdulillah..

Untuk coretan kali ini, InsyaAllah, saya ingin membawakan satu perkongsian idea tentang suatu tajuk atau perkara yang mana saya anggap ianya adalah antara elemen yang penting dalam kehidupan seharian kita..ianya tidak asing bagi saudara2 sekalian dan saya pasti bahawa setiap individu terlibat dengan perkara yang akan saya kongsikan ini..Apakah perkara tersebut..?? Teruskan membaca..


Analogi 1 : PASUKAN BOLASEPAK DUNIA






Adakah anda semua familiar dengan 8 logo di atas..??

Kepada peminat2 bolasepak universal, saya yakin bahawa anda semua cukup kenal dengan logo2 ini..Untuk pengetahuan,semua logo di atas adalah logo2 pasukan bolasepak dari pelbagai negara..Pemilihan pasukan2 di atas adalah berdasarkan beberapa kriteria2 yang mana saya anggap ianya menarik untuk kita kongsi bersama..
JOM ANALISIS..!!

*****


Pasukan 1 - ARSENAL



Profile pasukan :
Antara pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang bertaraf 5 bintang di peringkat dunia. Seringkali menjadi pesaing hebat kepada pasukan2 lain dalam merebut beberapa siri kejohanan berprestij. Kedudukannya di dalam liga-Top 4.

Analisis pasukan :
-Mempunyai corak permainan menarik. Good teamwork
-Semasa musim perpindahan pemain, lazimnya pasukan ini hanya membeli seorang dua pemain yang berstatus bintang
-Pemain berstatus bintang ini akan menjadi tulang belakang kepada pasukan. Tanpa tonggak2 utama ini dalam sesuatu perlawanan,pasukan akan beraksi sedikit tempang
-Sering dihantui dengan masalah kecederaan pemain
-Lebih suka menggilap bakat pemain muda sehingga mereka menjadi pemain berstatus bintang dan kemudian di-offer untuk dijual dengan yuran perpindahan yang tinggi kepada pasukan2 yang kaya ketika pintu perpindahan pemain dibuka
-Hasilnya,mempunyai ramai pemain2 muda yang berbakat tetapi tewas dari segi mental apabila bertemu dengan pasukan2 yang lebih berpengalaman



Pasukan 2 - PSV EINDHOVEN



Profile pasukan :
Sebuah kelab bolasepak dari Liga Belanda. Pencabar utama kepada skuad2 elit lain samada dalam kejohanan liga domestik mahupun di pentas eropah. Kedudukan dalam liga domestik- top 4.

Analisis pasukan :
-Boleh dianggap sebagai pasukan yang banyak berjasa kepada perkembangan bolasepak dunia
-Mencungkil bakat ramai pemain2 muda eropah dan kemudiannya melahirkan mereka sebagai pemain yang berstatus bintang
-Namun, majoriti daripada pemain yang telah digilap bakatnya berpindah ke kelab2 yang tersohor untuk menempah nama di persada antarabangsa
-Natijahnya, kelab ini hanya mampu menjadi pesaing kelas ke-2 di pentas antarabangsa



Pasukan 3 - REAL MADRID



Profile pasukan :
Kelab bolasepak gergasi Liga Sepanyol. Merupakan penyandang juara bagi piala2 berprestij dalam liga domestik. Seteru utama kepada pasukan yang inginkan kejuaraan dalam kejohanan besar.

Analisis pasukan :
-Pasukan yang terkenal sebagai lubuk pemain2 bertaraf 5 bintang
-Mempunyai deria yang paling sensitif ketika pintu perpindahan pemain dibuka
-Lazimnya, pasukan ini akan menawarkan yuran perpindahan yang tinggi untuk mendapatkan seseorang pemain yang dikehendakinya bagi menambahan kekuatan pasukan
-Walaupun beraksi dengan barisan pemain2 yang bertaraf 5 bintang, namun kadangkala pasukan ini sukar untuk mencapai kemenangan
-Banyak bergantung kepada kekuatan individu untuk menang



Pasukan 4 - INTER MILAN



Profile pasukan :
Juara bertahan Liga Serie A Itali. Mempunyai rekod perlawanan yang cukup baik di laman sendiri. Digeruni oleh pasukan lawan setiap kali pertembungan dalam kejohanan kompetetif.

Analisis pasukan :
-Sama seperti Real Madrid, pasukan ini menghimpunkan ramai pemain berstatus bintang
-Kekuatan pemain adalah seimbang
-Pengaplikasian teknik yang sangat optimum oleh pemain2 yang bertaraf bintang ini dan diimplimentasikan dengan kekuatan berpasukan



Pasukan 5 - LIVERPOOL



Profile pasukan :
Lebih kurang sama seperti skuad Arsenal. Pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang bertaraf
5 bintang di peringkat dunia. Pesaing hebat kepada kelab2 gergasi lain dalam merebut beberapa siri kejohanan berprestij di eropah dan liga domestik. Kedudukannya di dalam liga-Top 3.

Analisis pasukan :
-Kekuatan pemain yang seimbang + smart teamwork + semangat juang tinggi
-Mempunyai beberapa orang pemain yang amat setia dengan pasukan ; tidak berpindah ke kelab lain walaupun mendapat tawaran gaji yang lumayan
-Mempunyai seorang master-mind (ketua pasukan) yang mempunyai pengaruh yang besar dalam pasukan dan amat dihormati ; mampu mengawal emosi rakan2 dalam sesuatu perlawanan
-Beliau sentiasa bekerja keras sepanjang 90 minit perlawanan
-Ketiadaan pemain tersebut dalam sesuatu perlawanan akan membawa impak yang amat besar kepada pasukan



Pasukan 6 - GAMBA OSAKA



Profile pasukan :
Sebuah pasukan dari Liga Bolasepak Jepun. Seringkali mendominasi beberapa siri kejohanan bolasepak berprestij di Jepun. Pencapaian pada penghujung tahun 2008, layak sehingga ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bolasepak Antara Kelab-Kelab Dunia ( ditewaskan oleh kelab gergasi bolasepak dunia, Manchester United 5-3 di peringkat separuh akhir) telah membuka mata banyak pihak terhadap Liga Jepun.

Analisis pasukan :
- Menjalani persediaan dan latihan yang efektif
- Rata2 mereka tidak mempunyai susuk tubuh yang tegap ; genetik orang Jepun
- Para pemain mempunyai semangat juang dan ketahanan mental yang tinggi
- Disiplin pemain yang baik di atas dan di luar padang



Pasukan 7 - MALAYSIA



Profile pasukan :
Pasukan induk bolasepak Malaysia. Skuad ini mempunyai beberapa orang pemain berpengalaman yang masih lagi lincah beraksi namun rata2 mereka dibarisi pemain2 muda bawah 23 tahun. Ranking tertinggi dunia FIFA yang pernah dicapai, ke-75 (Ogos 1993). Sekarang, ke-163 (April 2009)

Analisis pasukan :
-Para pemain kurang menghayati semangat juang untuk negara
-Pertukaran jurulatih yang kerap ; setiap kali misi skuad negara gagal disempurnakan
-Seringkali berlaku perselisihan faham antara pemain dan pihak pengurusan ; jurulatih
-Kurang kreatif dalam mencatur strategi perlawanan ; pemain ketandusan idea (strategi) ketika beraksi di atas padang
-Kadangkala para pemain menghadapi masalah komunikasi di atas padang
-Ketahanan mental yang agak rendah ; mudah tertekan ketika berhadapan situasi getir dalam sesuatu perlawanan
-Masalah disiplin pemain2 samada ketika di atas padang mahupun di luar padang




Pasukan 8 - THAILAND



Profile pasukan :
Skuad bolasepak kebangsaan negara Thailand. Ranking ke-113 FIFA (April 2009)

Analisis pasukan :
-Projek pembangunan bolasepak yang efektif oleh pihak pengurusan
-Tahap permainan pasukan meningkat + kerjasama yang baik di atas padang
-Tunjang kekuatan pasukan ini adalah semangat juang yang tinggi di kalangan pemain ; pantang menyerah sebelum tiupan wisel penamat
-Ketahanan mental agak lemah ; mudah tertekan ketika berhadapan situasi getir dalam sesuatu perlawanan


*****

Itulah sedikit sebanyak analisis tentang kesemua 8 pasukan bolasepak berkenaan..Anda semua bolehlah menilai sendiri pasukan mana yang mempunyai ciri2 yang terbaik untuk terus kekal sebagai pasukan bolasepak yang disegani samada di peringkat negara masing2 mahupun antarabangsa..

Namun, apakah sebenarnya mesej yang tersirat disebalik analisis tersebut..??Cuba fikirkan...


bersambung...





Tuesday, April 21, 2009

XPDC LANDAS KL : Sebuah Pengalaman Berharga


Tarikh : 19 April 2009 (tarikh setelah masuk pukul 12.00am)

Masa : 12.20am

Lokasi : Dewan Pangsapuri Sri Penara, Bandar Tasik Sri Permaisuri

Suasana : Majoriti skuad XPDC sedang bersiap sedia untuk berangkat pulang



Ustaz Kamaruddin Kassim sedang berucap di majlis penutup XPDC Dakwah di Pangsapuri Sri Pantai


" Syuk (bukan nama sebenar), agak2nya kau sanggup x kalau kita teruskan XPDC malam ni ? " salah seorang sahabat menyapa. "InsyaAllah..!! boleh..xde hal punya,aku sanggup je. Lagipun semangat tengah berkobar ni.." responku pantas. "Bagus..!! Jom kita try tanya Ustaz Khairul or Ustaz Hisyam,mana la tau kot2 ade rezeki ke nak join..." balasnya ringkas.

"Ustaz, sebenarnya kami ade plan nak follow skuad ni untuk ke lokasi seterusnya. Tapi nak tanya,ade x kenderaan yang boleh hantar kami balik ke kampus lepas selesai operasi nanti ? aku bertanya penuh harapan. "Emm..ok, jap, ana tanya sahabat2 lain." jawab ustaz.

Beberapa minit kemudian...

"Syukri, minta maaf la banyak2, setakat xde sesiapa antara kami yang akan guna laluan
menghala ke area2 PJ lepas selesai operasi nanti. Emm..xpe lah, jangan risau, lain kali kita turun lagi." nada memujuk. "Oo..yeke ustaz..? Xpe la, ana saje je tanya2 tadi. Ok ustaz, xpe2, terima kasih banyak2 atas segala tunjuk ajar dan latihan2 yang diberikan. InsyaAllah lepas ni kalau ade XPDC lagi, kami turun." aku membalas.

* * * * *

Itulah antara perbualan terakhir kami pada malam tersebut sebelum berangkat pulang semula ke kampus. Alhamdulillah, selesai sudah XPDC dakwah turun ke lapangan mendekati remaja sebagai skuad LANDAS (Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-Isu Sosial). Pengalaman sehari suntuk yang amat berharga sebagai pendedahan awal buat kami yang baru berjinak-jinak dengan gerak kerja dakwah terhadap masyarakat.


Sebahagian skuad muslimin sempat bergambar di perkarangan SRA Sri Pantai



Agak lucu sebenarnya apabila mengimbau semula kronologi XPDC tersebut. Malam sebelum XPDC, aku dan roomateku, Syahid, agak kelam kabut memikirkan bilangan mahasiswa/wi kampus kami yang akan menyertai XPDC tersebut. Pada asalnya pihak jawatankuasa LANDAS menjemput seramai 30 orang tenaga muda untuk mewakili kampus kami untuk menyertai XPDC tersebut. Namun, pada malam tersebut, nama terakhir yang dicatatkan di atas kertas ialah bilangan yang ke18. Beerti tidak cukup 12 orang lagi. Di tambah pula dengan beberapa orang yang statusnya KIV samada join ataupun tidak. Walaupun beberapa siri on-call dibuat pada malam tersebut untuk memastikan kehadiran, namun keputusan tidak memberangsangkan. Seorang dua sahaja yang menjawab panggilan. Aku dan Syahid mula pening kepala. Jam di tangan menunjukkan pukul 2.30 pagi. Xpe, relaks, redah je..



Gambar sekadar hiasan


Keesokan hari...
18 April 2009

Jam 7.45 pagi, aku dan atif (bukan nama sebenar) dengan langkahan penuh semangat bergegas ke tempat yang sepatutnya untuk kami berkumpul. Sebelum itu kami singgah sebentar di surau kolej kediaman untuk membuat announcement. Dengan hasrat untuk menambah bilangan mahasiswa kampus untuk turut serta dalam XPDC. Selesai announcement, kami terus ke tempat yang dijanjikan untuk berkumpul. Kosong. Tiada seorang pun mahasiswa/wi yang berkumpul. Aku agak bimbang akan tetapi aku menutup rasa tersebut dengan lafaz, " Relaks la, awal lagi ni. Kita yang datang awal sangat kot..". Tidak lama kemudian kelihatan skuad muslimat sedang berjalan sekelompok menghala ke arah tempat berkumpul. Nampak macam gerakan SIGMA pun ada. Alhamdulillah, ada jugak orang yang nak join XPDC ni. Tapi..mana skuad mujahidin muslimin? Xkan kami berdua sahaja..? Tunggu dan terus menunggu...

Jam di tanganku menandakan sudah pukul 8.20 pagi. Seorang demi seorang mahasiswa tiba di tempat berkumpul. Driver bas yang ditugaskan untuk menghantar kami ke pusat operasi LANDAS puas mengomel. Aku dan atif sebagai ketua rombongan menjadi sasaran. Merah telinga. Mereka yang lambat, aku pulak yang kena. "Xpe, sabar je..kejap lagi nak pergi buat kerja dakwah", aku bermonolog menyejukkan hati.

8.30 pagi...Bertolak ke destinasi..!!!

Terdiri daripada 8 orang mahasiswa dan 11 orang mahasiswi, kami semua bertolak ke SRA Sri Pantai, Pantai Dalam dengan sebuah coaster. Pada asalnya kampus kami menyediakan sebuah bas persiaran untuk muatan 40 orang. Akan tetapi disebabkan jumlah kami yang sedikit driver bas memilih untuk menggunakan coaster sahaja. Permulaan perjalanan disertakan dengan doa. Selesai doa aku berpesan kepada semua agar memperbaharui niat masing2 dan ikhlas untuk kerja2 yang bakal dilakukan. " Keranamu Islam kami berjuang...!!! "

Tiba di SRA Sri Pantai...

Kami semua tiba di SRA Sri Pantai. Ketibaan disambut baik oleh Ustaz Hisyam, salah seorang AJK LANDAS. Kemudiannya kami semua dijamukan sarapan pagi dan seterusnya ada sedikit kerja2 yang kami lakukan. Ketika dalam kesibukan, aku meneliti wajah2 AJK LANDAS. Aku menganggar rata2 mereka berumur dalam lingkungan 40-an. Hanya seorang dua sahaja yang berumur 30-an. Hatiku berkata, adakah selama ini mereka yang menjadi penggerak untuk skuad LANDAS ini..?? Persoalan tersebut kutimbulkan untuk aku bermuhasabah.

Pada pagi tersebut kami semua diberi penerangan tentang aktiviti2 LANDAS sebelum ini dan beberapa pendedahan ekslusif tentang gejala sosial yang terkini. Ketika ini aku tersedar bahawa kita di dalam kampus hanya berdepan dengan masalah2 yang kita anggap 'dahsyat". Sedangkan di luar sana, terdapat beribu-ribu lagi kes gejala sosial yang semakin kronik. Kami termuhasabah dengan pendedahan tersebut. Ketika sesi tersebut kami juga diajar beberapa teknik dan skill2 yang menarik untuk berhadapan dengan mad'u. Selesai sesi tersebut kami diarahkan untuk membentuk kumpulan LDK sebagai latihan awal sebelum turun ke lapangan petang nanti. Kami sebagai fasilitator dan pelajar2 SRA Sri Pantai sebagai peserta.


Ustaz Kamaruddin Kassim mengetuai sesi pendedahan ekslusif. Kelihatan botol2 arak dan tin gam yang diperoleh daripada XPDC LANDAS sebelum ini.




Pendedahan ekslusif kepada pelajar2 SRA Sri Pantai tentang gejala sosial sebelum diasingkan mengikut kumpulan LDK masing2


XPDC turun ke lapangan..!!!

Selesai sudah program bersama adik-adik pelajar SRA Sri Pantai. Enjin untuk berdakwah sudah dipanaskan, hanya menunggu masa sahaja. Kelihatan semua pelatih2 aktivis dakwah bersemangat. Seperti biasa, makan tengahari disediakan. "InsyaAllah, selepas solat zohor sebentar lagi kita semua akan berkumpul semula di sini dan akan diadakan sedikit perbincangan dua hala mengenai pergerakan XPDC untuk petang ni. Sejurus selepas tamat perbincangan kita semua akan turun ke lapangan ", Ustaz Hisyam membuat pegumuman. Motivasi untuk turun ke lapangan meningkat naik. Kami semua semakin bersemangat. Masa untuk praktikal..!!!

* * * * *

Dipendekkan cerita , Alhamdulillah, selesai sudah XPDC LANDAS, turun ke lapangan mendekati remaja. Pengalaman yang amat berharga sepanjang sehari suntuk dalam XPDC. Kepada semua yang terlibat, teruskan niat suci anda untuk menyedarkan masyarakat-masyarakat yang kian hanyut dengan permainan dunia, terutamanya mereka-mereka yang sebaya umur dengan kita.

" Islam itu tinggi dan tiada apapun yang lebih tinggi darinya"

InyaAllah selepas ini akan ada lagi XPDC susulan. Kepada sesiapa yang terlepas untuk XPDC yang pertama, InsyaAllah anda semua boleh turut serta untuk program seterusnya. Ambillah peluang ini dan marilah kita bersama-sama berbakti kepada agama,bangsa dan negara.

Ayuh kita semua turun ke lapangan..!!!

* * * * *

GAMBAR SKUAD XPDC LANDAS KL 18 APRIL 2009







Tahniah buat semua..!!!



untuk ulasan lengkap tentang XPDC Dakwah ini sila ke laman :
rijaluddin88.blogspot.com





Saturday, April 18, 2009

Segalanya bermula di sini..




















Suatu
masa ketika aku sedang berjinak-jinak dengan dunia cyber..sedang kedua mata kutumpukan pada skrin komputer riba,tiba-tiba datang seorang sahabat menghampiriku,lantas dengan selamba menyapa..

"Alfateh07 (bukan nama sebenar),nta ade blog x..?bagi address blog nta kat ana bleh? Bukan ape,ana saje je nk ziarah blog sahabat-sahabat ni,nak kembangkan idea..."

Aku terkedu.

"Ah sudah,makhluk apa pulak 'blog' ni..? ish,macam pernah dengar...friendster ke? hmm..xpe2.." cetus hatiku bermonolog.

"Err..blog??emm..minta maaf la syeikh,sebenarnya ana xde blog lagi..tak sempat lagi nak adakan blog buat masa ni.." aku menjawab penuh confident.

Dan dengan pantas aku bertanya,

"Nta mesti ade blog kan?Nta bagi la dlu address blog nta kat ana. Nanti kalau ana dah ade blog,ana inform kat nta"

"Ok,nanti ana message", balasnya ringkas. Dia pun beredar jauh.

"Fuh,selamat..!! Nasib baik aku sempat buat counter-attack, kalau x jenuh aku nak bertauriah kalau dia tanya lebih-lebih tadi.."

Perasaan lega berbaur tercabar. Apakah 'blog' yang dikatakan itu? Aku segera meng-explore address blog yang diberkan sahabatku tadi. Skrin ada memaparkan loading. Tidak lama kemudian terpampang halaman blog tersebut. Oh,inilah dia blog. Subhanallah, kelihatan agak complicated. Macam mana aku nak hasilkan blog macam ni ek? Tanganku secara refleks mengusap dahi.

Sebenarnya aku berasa agak cemas apabila pertanyaan-pertanyaan tentang IT dilontarkan kepadaku. Aku takut kalau-kalau mereka ini tahu yang aku sebenarnya bukanlah seorang yang celik dengan teknologi ini. Walaupun ianya mungkin disebabkan kondisi keluargaku,tetapi aku anggap itu hanyalah alasan semata-mata. Sampai bila aku harus menunggu? Orang lain pun takde internet jugak kat rumah. Bukan hanya aku seorang !!

Dulu di sekolah juga aku pernah mengalami perasaan sebegitu. Rakan-rakan di sekitarku rata-rata membicarakan tentang e-mail,friendster,yahoo messenger,my space dan sebagainya. Dan aku pula hanya menjadi pendengar setia. Tetapi aku menyedapkan hatiku dengan mendakwa bahawa semua itu hanyalah sebagai pencuri kepada masa-masa yang terluang dan melalaikan.

Tutup kisah lama..

Hasratku untuk mempunyai blog mula timbul. Akan tetapi mind-setting yang menyebabkan aku lemah untuk bertindak. Dari hari ke hari aku mula meninjau-ninjau blog sahabat-sahabat yang lain. Dengan hasrat untuk meningkatkan motivasiku untuk membuat blog. Namun apabila semakin banyak blog yang aku tinjau, aku jadi semakin down. Bermacam-macam style blog..!!

Macam mana diorang buat ni..??

Persoalan terhenti di situ. Aku sudah mula sibuk dengan rutin harianku. Semangat untuk membuat blog semakin luntur. Dengan alasan kekangan masa yang dihadapi dan beranggapan cukuplah sahabat-sahabat lain sudah mempunyai blog. Aku mengambil keputusan menangguhkan hasrat untuk membuat blog. Akan tetapi aku tidak meninggalkan terus dunia cyber. Aku mengambil langkah meninjau,memerhati dan menganalisis blog-blog lain.

Sesi pengajian berada di minggu yang terakhir. Aku terhidu satu peluang keemasan iaitu semester depan. Ya, semester akan datang adalah semester pendek. Tiada sebarang program dianjurkan. Lagipun hanya 18 jam kredit. InsyaAllah,aku optimis untuk merealisasikan hasratku mempunyai blog. Aku dapat melihat betapa pentingnya teknologi ini beroperasi. Ya,ia boleh diexploitasi untuk beberapa bentuk kepentingan. Aku semakin optimis dan mula menanam azam (bukan nama orang).


Short sem..

Semester yang diidam2kan sudah bermula. Akan tetapi ada sedikit perubahan. Jam kreditku berganda,32jam semuanya. Subhanallah,sekali lagi aku berdepan dengan masalah kekangan masa,mungkin. Akan tetapi ada suatu kelebihan. Kini sudah ada liputan WiFi terus ke asrama. Aku melihat itu satu peluang keemasan..!!

Seminggu yang pertama aku masih lagi tidak mempunyai blog. Aku berasa agak bimbang. Perlukah projek membuat blog ini ditangguhkan lagi? Aku menguatkan semangat. Tidak mahu lagi ketinggalan. Pemikiranku tidak seperti dulu. Aku mesti lakukannya. I can do it..!!

Be a blogger..!!

Minggu ke2...aku sudah mula memasuki alam blogger. Laman http://www.blogger.com menjadi tumpuanku setiap kali aku menghadap komputer ribaku.
AKHIRNYA...alfateh07.blogspot.com terhasil..ALHAMDULILLAH....!!!

Wednesday, April 15, 2009

JEMPUTAN KHAS..!!













XPDC Dakwah - Jom Dekati Remaja !

Penuhi dan kemaskini diri anda dengan skill-skill serta teknik-teknik mendekati masyarakat bermasalah yang terdiri dikalangan remaja terutamanya.

Jom turun Padang!

Sertai program aktiviti dakwah
"Turun Ke Lapangan" mendekati remaja menangani gejala sosial

Adakah anda berani? berdepan dengan pemuda-pemuda yang menghidu gam, kumpulan remaja yang melepak membuang masa, pasangan yang tidak punyai lesen dari agama dan macam-macam lagi bentuk kebobrokan yang kian menggugat nilai-nilai murni Islam... mampukah anda?

Bersama aktivis-aktivis berpengalaman jom kita sertai:

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP)dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Jawatan kuasa masjid dan penduduk tempatan serta Mahasiswa Pusat asasi Universiti Islam Malaysia (CFSIIUM)


LOKASI : Perumahan Pantai Dalam dan Flat Sri Penara Bandar Seri Permaisuri
TARIKH: 18 April 2009 (Sabtu)
MASA : 8.00AM - 1.00AM

" Selamatkan Generasi Muda - Bilhikmah Wal Mau'izatil Hasanah"

bagi semus mahasiswa/wi CFSIIUM yang berminat untuk turut serta sila daftarkan nama anda & no matriks kepada

Muslimin -Ku Atif 013-2914569/017-2977221
Muslimat -Mardhiyah Hayati 013-2002465


Sebarang pertanyaan sila hubungi

Ahmad Syahid 013-3253205
Nuur Asyrafuddin 013-2002460
Mohd Syukri 013-2002359

*KHAS UNTUK MAHASISWA/WI CFSIIUM
Bas dr CFSIIUM disediakan, bertolak pada pukul 8.00 pagi dan balik semula ke CFSIIUM pada 11.30 malam









Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru ke jalan Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk dalam orang-orang yang menyerah diri (muslimin)." (Surah Fussilat: 33)


XPDC DAKWAH - JOM DEKATI REMAJA !
TENTATIF PROGRAM

18 April 2009(Sabtu)

Sesi 1 : Lokasi : Perumahan Pantai Dalam

8.00 am
: Berkumpul di Masjid Al-Ikhlasiyah,Pantai Dalam
: Pendaftaran
: Sarapan Pagi

9.00 am
: Ceramah
: Pendedahan Ekslusif Gejala Sosial & Keperluan Gerak Kerja Dakwah Di Lapangan
Oleh : Us Kamaruddin Kassim(Aktivis Menangani Gejala Sosial)

10.30 am
: Jamuan Ringan

11.00 am
: Perbincangan Berkumpulan

12.00 pm
: Taklimat Gerak Kerja Dakwah “ Turun Ke Lapangan “

12.30 pm
: Makan Tengahari
: Solat Zohor

2.00 pm
: Program Khas Bersama Remaja Pantai Dalam / Kerinchi

4.30 pm
: Solat Asar
: Jamuan Ringan
: Aktiviti Dakwah “ Turun Ke Lapangan “ Mendekati Remaja
: Bersurai


Sesi 2 : Lokasi : Flat Sri Penara,Bandar Seri Permaisuri

7.00 pm
: Berkumpul di Surau Al-Firdaus, Sri Penara ,Bandar Seri Permaisuri
: Solat Maghrib

8.00 pm
: Ceramah Khas Selamatkan Zuriat Kita
Oleh : Us Kamaruddin Kassim (Aktivis Menangani Gejala Sosial)

9.00 pm
: Solat Isya’

9.30 pm
: Taklimat Gerak Kerja Dakwah “ Turun Ke Lapangan “
: Aktiviti Dakwah “ Turun Ke Lapangan “ Mendekati Remaja
: Bersurai

Friday, April 3, 2009